Jika aku diberi pilihan untuk memilih,aku lebih memilih untuk hanya berdiam diri.Aku tak mampu menyuarakan segala apa yang aku rasakan kerana aku sendiri tidak mampu untuk menyelami hati dan perasaan aku sendiri.Tapi,aku yakin Allah lah yang hanya berhak menafsirkan dan menterjemahkan hati ini.Dia Maha Tahu apa yang terlakar di sebalik sekeping hati ini.
Only Allah have right to judge our deeds
"Betul tak?"
Di sini aku hanya berkongsi sebuah puisi yang aku sendiri tak tahu untuk siapa dan ianya tercetus sendiri dari benakku.Ia hadir seperti air hujan yang membasahi rumput-rumput pada waktu malam yang menjelma..Puisi ini aku titipkan buat insan yang mungkin tidak menyedari kehadiran aku disisinya.Bagi aku,kebahagiannya adalah kebahagianku jua.Dan penderitaannya jugalah penderitaanku..Terima kasih kerana namamu pernah terlakar di lubuk hatiku.
Aku lebih rela memendam perasaan ini dari pengetahuanmu.Ini kerna aku takut kau akan pergi meninggalkan aku tatkala kau mengetahui yang aku mencintaimu.Terima kasih kerana pinjamkan kasih ini untukku.Harapanku agar kau bahagia biarpun bukan bersamaku.
"Aku tidak punya harta untuk aku berikan padamu
Aku tidak punya apa-apa untuk aku membahagiakan kamu
Tapi..
Aku punya sekeping hati yang sangat kasih dan sayang padamu
Memang agak sukar untuk aku terjemahkan maksudku ini
Dan ini akan menimbulkan sejuta persoalan
Di kotak fikiranmu
Yang mampu aku lafazkan,
Aku sangat mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika hilang agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku padamu,
Aku bukanlah seseorang yang boleh mengukirkan segaris puisi cinta untukmu
Kerana itu bukanlah diriku
Aku tidak mahu menjadi pemuja cinta pada seorang hamba
Kerana aku juga seorang hamba
Cinta yang selayaknya ku hamparkan hanya cinta kepada Allah
Cinta suci nan abadi
Membawa aku ke syurgaNya
Meskipun Allah tidak mempertemukan kita didunia
Harapanku agar Dia mempertemukan kita bersama disyurgaNya
Tuhan..
Bahagiakanlah dia walaupun bukan denganku"
-Nukilan Nur Azalina Azman-
Aku tidak memerlukan kelebihanmu untuk menutupi segala kelemahanku.