Pages

Sunday, 8 December 2013

Don't be arrogant

If you want to be original,just be yourself because God never made two people exactly alike..

/Kenapa kita perlu menjadi orang lain sedangkan kita manusia yang punya identiti sendiri.Kita ada wajah kita sendiri.Tak perlu kita meniru sikap dan sifat orang lain untuk menampakkan diri  kita seolah-olah sempurna.Sedangkan tak pun.Melainkan kita meniru kebaikan yang ada pada orang lain untuk kita sentiasa mentarbiyah diri kita dalam menjadi insan yang lebih baik.Kebanyakan dari kita suka menyamakan diri mereka macam orang ni dan orang tu.Sedangkan semua manusia itu sama di sisi Allah.Yang membezakan kita hanya iman dan amal kita.Setiap manusia dikurniakan iman dan nafsu.Cuma kita kena pandai kemudi dua nikmat yang Allah beri itu.Kita manusia yang di anugerahkan akal fikiran untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Imaginekan,kalau manusia sendiri tak mampu nak gunakan nikmat berharga yang Allah beri itu.Tak jadi haru ke dunia ini?Disamping itu juga,hanya sekadar satu pengongsian yang boleh sama-sama kita manfaatkan.Moga kita bersama-sama menjadi hamba yang sentiasa beringat dan tahu bersyukur../

Beberapa panduan dari Imam al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.


1.Jika berjumpa dengan kanak-kanak,anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2.Apabila bertemu dengan orang tua,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3.Jika berjumpa dengan orang alim,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui

4.Apabila melihat  orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia keranamereka membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5.Jika melihat orang jahat,jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6.Apabila bertemu dengan orang kafir,katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam,maka segala dosa mereka diampuni oleh Allah.


"Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri"
(Surah Luqman:81)


 

No comments: