Pages

Saturday, 7 December 2013

Dialah wanita..

Dia yang diambil dari tulang rusuk.Jika Tuhan menyatukan dua orang yang berlawanan sifatnya,maka itu akan menjadi saling melengkapi.Dialah penolongmu yang sepadan,bukan teman ketika terdesak yang sepadan.

"Ketika pertandingan dimulakan,dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu.Tetapi,dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga dibelakang saat engkau dihadapan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas dari tanganmu.Dialah yang akan menutupi kekuranganmu."

"Dia ada untuk melengkapi yang tidak ada dalam lelaki iaitu perasaan,emosi,lemah-lembut,keindahan,kecantikan,rahim untuk melahirkan,menguruskan hal-hal rumahtangga sehingga ketika lelaki tidak mengerti hal-hal itu,dialah yang akan menyelesaikan bahagianya...Sehingga tanpa kau sedari ketika kau menjalankan sisa hidupmu...Kau menjadi lebih kuat  kerana kehadiran dia di sisimu."

"Dia tidak perlu hujah hebat dari seorang lelaki...tetapi dia perlukan jaminan rasa aman darinya kerana dia ada untuk dilindungi.tidak hanya pada fizikal tetapi juga emosi.Dia tidak tertarik pada fakta-fakta yang tepat.Bahasa yang teliti dan logik yang dapat disampaikan secara lengkap daripada seorang lelaki.Tetapi,yang dia perlukan adalah perhatiannya.Kata-kata yang lembut ungkapan-ungkapan sayang yang mudah.Namun,baginya sangat beerti hingga membuatnya aman mendekatimu."

"Batu yang keras dapat terkikis habis oleh air yang mengalir.Sifat lelaki yang keras terimbangi oleh kelembutan perempuan.Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai dibandingkan dengan pohon yang besar dan rendang.Seperti juga ada kelembutannya,disitulah terletak kekuatan dan ketahanan yang membuatnya dapat bertahan dalam situasi apa pun."

"Dia lembut bukan untuk dipijak.Rumput yang lembut akan dinaungi oleh pohon yang kukuh dan rendang.Jika lelaki berfikir perasaan wanita,itu tentang perasaan lelaki,hal itu akan menghabiskan seluruh hidupnya. Kerana perempuan adalah sebahagia dari lelaki.Apa yang menjadi bahagian dari hidupnya akan menjadi bahagian dari hidupmu.Keluarganya juga akan menjadi keluarga barumu.Keluargamu juga akan menjadi keluarganya juga.Sekalipun dia jauh dari keluarganya,namun ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana dia lahir dan dibesarkan di sana.Kerana mereka,dia seperti sekarang ini.Perasaannya terhadap keluarganya akan menjadi bahagian dari perasaanmu juga.Kerana kau dan ia adalah satu.Dia adalah dirimu yang tidak ada sebelumnya.Ketika pertandingan dimulai pastikan dia ada pada bahagian yang sama denganmu."





No comments: