Pages

Wednesday, 4 December 2013

Mencari cinta...

Tatkala hatiku berdetik,kaulah pilihan Tuhan untukku...

Bolehkah kita mencintai seseorang yang tidak pernah mencintai kita?Kehadiran kita tidak pernah pun diketahui oleh si dia..Kita hanya diibaratkan seperti tepuk sebelah tangan dan lebih parah lagi digelar sebagai perigi cari timba..Sememangnya rasa cinta itu adalah fitrah nurani sebagai manusia yang normal.Kita tidak boleh nak menidakkan fitrah itu kerana itulah agungnya ciptaan Allah.Jika dilemparkan satu dari sifat dan kasih sayang Allah sifat ihsan Allah,maka bertebaranlah manusia berkasih-sayang antara satu sama lain.

Disaat cinta menyapamu janganlah kau lihat silau indahnya dia,tapi lihatlah adakah cinta itu mampu mendekatkan dirimu kepada Allah??Cinta itu juga dikira sebagai satu mujahadah.Mujahadah bermaksud melakukan sesuatu perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.Jika suatu saat nanti cinta lelaki atau wanita menyelubungi diri kamu,checklah dalam hati cepat-cepat ,mengenai persediaan kita.Soal hati dan perasaan bukanlaah perkara yang boleh di paksa dan di pupuk.Ia hadir dengan sendirinya tanpa perlu untuk dipaksa.Namun begitu,untuk jatuh cinta kita perlukan masa dan bagi aku jika aku mencintai seseorang itu tanpa pengetahuan si dia,biarlah waktu dan jarak yang menentukan segalanya.Tanamkan sifat redha dalam diri kita.Bersangka baik pada Allah.Berharaplah suatu saat nanti pasti Allah akan pertemukan pada kita insan yang menjadi sebahagian dalam hidup kita dengan restu Allah.Pernikahan dan perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang kita duga untuk hadir.Bila dah hampir serunya barulah ia akan hadir.Mungkin disaat kita nak nikah tu kita sendiri tak tahu siapa bakal suami kita atau pun bakal isteri kita tapi yakinlah pada Allah sesungguhnya Allah tahu dialah yang terbaik untuk kita sebab Allah Maha Kenal pada hambaNya.




 Sukarnya menebak perasaanmu.....


Berbalik pada diri ku yang sangat mengimpikan sebuah rumah tangga yang sakinah,mawaddah dan rahmah.Aku kalau boleh tak nak kenal pun siapa bakal suami aku.Dan tatkala di akad nikah nanti,yang pastinya aku wajib mencintai suamiku yang sah dan menjalankan kewajipan yang Islam gariskan.Tak kisahlah siapa pun dia,aku hanya mengetahui tentang agamanya,akhlaknya,keturunannya,keadaannya melalui saudara-maranya.Bagi aku tak perlu nak taaruf(bertunang) lama-lama.Takut timbul fitnah nanti.Ini semua nya hanya suggestion aku sahaja.Mungkin pendapat korang berlainan kerana "Everyone has their own perceptions",so respect it...

Cuma aku mahu berkongsi pengalaman mengenai persoalan yang sahabat aku timbulkan pada ku mengenai ciri-ciri bakal suami aku..
Aku tak pernah harap seorang suami yang menjadi igauan ramai wanita.Yang kaya ke,yang ada kereta mewah ke, rumah yang besar,wajah yang tampan sebab aku sukakan lelaki yang bersederhana dalam hidupnya.Yang sentiasa merendah diri.
Yang paling aku suka lelaki yang sentiasa sayang,hormat dan hargai orang tuanya.Kiranya anak yang taat dan soleh.Yang kaki masjid tu dah semestinya.Yang bertanggungjawab dan caring pasal semua orang.Aku tak suka lelaki yang hanya menjaga hati aku seorang sahaja sedangkan hati orang lain yang menderita.Lelaki yang boleh menerima aku seadanya.Aku terima kelebihan dan kekurangannya dan dia juga menerima kelebihan dan kekurangan aku.Aku lebih prefer pada lelaki yang pakai seluar slack then pakai cermin mata.Memanglah nampak macam poyo tapi aku selesa.Moga Allah hadirkan dia dalam hidupku dan menjadi sinar baru dalam hidup aku..


Yang paling penting Allah lah cinta yang hakiki.
Pengharapan sekelumit cinta tulus dan suci..
PadaMu aku pohon.Ya Allah


Mampukah aku menjadi seperti Thuraiya Widad yang menyimpan perasaannya pada
 Al-Abrar Zaim?
-Novel Mujahadah Cinta-




Barangsiapa yang jatuh cinta lalu dia menahan dirinya dari melakukan perkara terlarang sekaligus menahan  perasaannya apabila dia mati dia mati syahid
-hadith-

Foot note:Tak usah cari tulang rusuk kirimu andai syurga di bawah telapak kaki ibumu tidak mampu kau turutkan..

No comments: