Sudap genap hampir sebulan setengah aku berkerja sebagai guru sementara di PPKK(Pusat Perkembangan Kanak-Kanak) Seri Bijak Bestari..Banyak pengalaman yang aku peroleh..Pelbagai perasaan yang dapat aku rasai.Tak dapat aku nafikan bahawa hampir setiap pagi apabila kakiku hendak melangkah ke tempat kerja,hati ini terusik air mata mula menitis.Bukanlah kerana aku mengeluh kerana penat bekerja.Tapi ia merupakan satu perasaan murni yang Allah sematkan dalam sanubariku ini..Tatkala mandikan anak-anak tersebut,menyisir rambut mereka,memakaikan pakaian mereka,aku dapat rasakan satu getaran..Beginilah rasanya hati seorang ibu melihat anaknya membesar depan mata mereka.Dari situlah aku mula untuk sentiasa menghargai setiap detik dan waktu hidup orang tuaku..Mereka tidak pernah mengeluh melahirkan aku,tidak pernah aku dengar dari cuping telingaku ini satu keluhan kecil dari mulut mungil orang tuaku kerana melahirkan aku ke dunia ini.Mereka redha dan hadapi nya dengan taat.Menyedari bahawa anak adalah amanah Allah yang paling berharga..Anak jugalah penentu syurga mahupun neraka ibu dan ayah..
Sekelumit perasaan di hatiku untuk menjadi seorang ibu kelak..Mendidik anak-anakku dengan acuan islam..Menjadi ibu yang bisa memimpin tangan anak-anakku hingga ke syurga..Allah,hadirkan anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hatiku..Aku tidak sabar rasanya untuk bergelar seorang isteri dan ibu buat bakal anak-anakku..Kerana aku juga insan biasa..Tak mahu menghadapMu dalam keadaan bujang..namun begitu..jangan hadirkan buatku andai belum tiba masanya..
Dari lubuk hati ibu,"Duhai anakku,izinkan aku memimpin tanganmu ke syurga "
![]() |
Aku dapat merasai kesakitan yang kau hadapi saat ini,wahai insan yang melahirkan aku ke dunia |
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wahai Ibu,izinkan aku pula untuk terus berbakti kepadamu sehingga hela nafasku yang terakhir... |
Aktiviti padang : Kepit Bola..
![]() |
Damia sedang mengepit bola :'* |
![]() |
Bangun pagi ..gosok gigi... cuci muka.. pakai baju.. minum susu... makan roti... badan sihat... senang hati |
![]() |
Arfan :'* |
![]() |
Amir :'* |
![]() |
Asyraff..aha..student yang selalu sibuk nak tolong teacher kat dapur.. |
![]() |
Raihanah Alwani a.k.a student pra 6 tahun yg penuh keletah |
![]() |
Amsyar Afiq Hasbullah..nice name really love him.. his face and character |
Note:Teacher sayaang kamu semua meskipun kalian selalu naughty!!dan kadangkala tak dengar cakap teacher..gelak tawamu membahagiakan ku..Kalian juga seperti anak-anakku..
No comments:
Post a Comment