Wanita solehah itu adalah sebaik-baik hiasan di dunia ini.
Paras rupa yang rupawan tidak menjamin kebahagian seseorang malah nilai agama yang ada padanya yang menaikkan martabatnya yang lebih tinggi di sisi Allah Taala..Jika di lihat masyarakat hari ini khususnya buat remaja perempuan,tidakkah kita sedar sebenarnya kita selalu melakukan dosa percuma.Sebelum itu:
"Jangan sangka kawan yang sering menegurmu itu kawan yang paling bertakwa
Jangan kamu fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tidak di uji
Jangan kamu ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang sempurna
Hakikatnya,
dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya juga
Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga
Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana dia risaukan bahang api neraka
Kawanmu bukan malaikat kerna
Dia juga manusia biasa.."
-Ina-
Apa yang remaja perempuan sering lakukan dosa percuma ini?Ia adalah dengan mendedahkan atau mempamerkan kecantikannya agar orang lain melihat keindahan dan kecantikannya.Tidak salah jika kita rasa kagum dengan penciptaan Allah.Tapi,ia perlu dengan saluran yang betul.Di beri contoh,remaja sekarang ni,suka sangat angkat gambar then post je kat mana-mana laman-laman sesawang tanpa di tapis dulu..Untuk siapa kita nak cantik?
Tak dapat dinafikan orang perempuan ni senang kata kaum Hawa ni memang sukakan benda-benda yang cantik.Sebab tu fitrah kita..Sedangkan Allah itu indah dan Dia amat suka akan keindahan..Tak salah kita berhias,tapi perlu di ingatkan setiap mata yang memandang.Cuma,nak diketengahkan pendapat ni lah kan,bahawa lelaki ni lebih suka wanita yang bersifat natural.Tak perlu nak over dalam dressing..Kaum lelaki ni tak suka benda-benda yang buat semak kepala mereka ni..Memandangkan kalau kita tengok sesetengah lelaki ni cara hidupnya agak simple.
Oleh itu,apabila kita keluar sahaja dari rumah pastikan diri kita di lengkapi aurat yang sempurna.walaupun di luar rumah untuk melakukan kerja harian.Sebab apabila seorang perempuan itu keluar rumah,syaitan akan memandang.Betulkan niat kita dalam berhias..Kalau nak berhias sebaiknya apabila kita sudah pun berumahtangga..Dan kecantikan kita sebagai seorang wanita selayaknya hanya untuk suami kita saje.Itulah yang ekslusifnya.Jadi,wanita di luar sana termasuk diri ini yang menulis..kita perlu sedar dan bukannya setakat tahu sahaja kerana orang yang tahu belum tentu dia sedar,tapi orang yang sedar Insya Allah,dia pasti akan tahu..jagalah diri kita.Janganlah kita mudah terlalu percaya akan ajakan lelaki kerana dia juga insan biasa yang ada nafsu dan akal.
Mahukah kita menjadi wanita akhir zaman yang menjedi pelemah iman bagi kaum lelaki?
Bercita-citalah untuk menjadi wanita yang membuatkan semua lelaki taat pada perintah Allah,kerna itulah yang sebaiknya..Tunjukkan nilai agama yang ada pada diri kita kerana kita dilahirkan dalam acuan Islam dan ikhlaslah dalam melakukan ibadah.Allah tetap pandang even hina di sisi manusia.
Hidayah itu perlu di cari,bukannya untuk di nanti :)
No comments:
Post a Comment