Pages

Wednesday, 13 November 2013

Satu Penghargaan





Sahabat yang baik akan sentiasa memimpin kita ke arah kebaikan dan tidak pernah membiarkan kita terus dalam kealpaan.Wang ringgit bukan penjamin kebahagian seseorang.Tetapi,orang di sekeliling kitalah yang adakalanya banyak membuka mata kita dalam pencarian kehidupan yang sebenar..Hidup di dunia tak kekal tapi ia diteruskan di akhirat tambahan pula yang menjadi penghubungnya adalah "ukhwah fillah: antara sahabat ataupun saudara mara.Semuanya akan bersama-sama menuju ke syurga Allah..Bestnya...baiknya Allah pada kita.Jika satu dari sifat kasih sayang Allah terlontar ke dunia,maka berkasih-sayanglah manusia,haiwan,tumbuhan dan segala isi alam..








Bersama-sama dalam memperjuangkan ilmu Allah..Itulah kesedaran yang perlu ada dalam segenap masyarakat hari ini khususnya buat  ummat Islam.Ilmu yang memartabatkan kita..Dengan ilmu,kita mampu memimpin  orang lain,sebelum itu kita perlu berjaya pimpin diri kita sendiri dulu..





Untuk kecapi kejayaan memang susah..ada turun dan naiknya.Memanglah sebagai student,kita susah nak kekalkan momentum ataupun result kita.Yang payahnya,konsisten dalam belajar..banyak dugaannya..Rasa malas tu pasti akan ada.Kita yang nak berjaya dalam hidup di dunia ini dan kehidupan yang seterusnya,kita perlu tangkas mengambik inisiatif buat diri kita agar kita dapat memajukan bangsa kita,agama kita dan juga negara kita..Mujurlah,kita tak boleh lupa.Gurulah yang menjadi antara satu asbab kita boleh berjaya..Kegigihan mereka mengajar kita di sekolah.Merekalah ibubapa kedua kita..






Kesungguhan belajar bersama-sama kawan-kawan adalah memori terindah dalam hidup kita sepanjang bergelar pelajar sekolah.".Aku pasti akan rindu zaman sekolah walaupun hati ini dah bergelodak nak belajar kat universiti ni"..Namun,jika punya kesempatan aku ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain.Yang sama-sama memulas tenaga,kesempatan waktu untuk mengejar cita-cita dan impian kami..


Dari kanan:Muhammad Ikmal(Ketua Tingkatan),
Cikgu Shahrizam(Guru Matematik 5 Delta),Sri SaravananKugan(Pengawas berwawasan)


Walaupun pelajaran yang menjadi keutamaan,namun tanggungjawab perlu dilaksanakan..Tanggungjawab kita yang serius terhadap masyarakat dan kemandirian kendiri....walau macam mana sibuk pun kita dalam menuntut ilmu,kita juga perlu bijak dalam bersosial dengan rakan-rakan mengikut panduan yang ditetapkan.Banyak kawan yang boleh menjadi madu dan madunya memberi manfaat kepada si lebah.Tapi,ada juga kawan yang boleh menjadi racun serangga yang akan merosakkan tumbuhan yang lainnya..


Gambar bersama Cikgu N.Kala(Guru Bahasa Inggeris 5 Delta)



Marahnya guru kita bila kita tak siap kerja sekolah bukan kerana mereka benci pada kita.Marah mereka bersebab.Mereka mahu melahirkan modal insan yang gemilang.Dan kitalah generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.Jika kita sendiri malas berusaha,macam mana bangsa kita nak maju.Begitu juga negara kita..




Gambar bersama pelajar-pelajar kelas 5 Delta ,batch 96(SPM's candidates)..I will cherish this moment for the rest of my life..


Terima kasih rakan-rakan seperjuanganku.Yang memberikan aku kesedaran betapa peri pentingnya SPM buat aku..Itulah stage atau sebagai batu loncatan untuk aku meneruskan kehidupanku setelah tamat bergelar pelajar sekolah..Kegembiraan dan kedukaan yang sama-sama kita rasai..Moga ukhwah ini akan terus terjalin..
See You di IPT :)


Self-confidence perlu ada

No comments: