Pages

Tuesday, 26 November 2013

Seindah Senyumanmu,ibu ayah..

Terima kasih kerana diberi peluang dan ruang untuk aku menulis blog ini..Rasa kesyukuran yang menggunung tinggi pada Allah kerana mengurniakan padaku sahabat-sahabat yang sentiasa mendokong aku dari belakang..Sama-sama harungi pahit jerih dan payahnya perjuangan hidup bergelar seorang pelajar.Sememangnya aku bukanlah dikatakan sebagai pelajar top akademiknya.Tapi,aku berdiri sama tinggi ,duduk sama rendah bersama-sama sahabat-sahabatku,Amirah dan Husna..Baru setahun mengenali mereka seperti sudah lama aku mengenali mereka..Memang dalam asam garam persahabatan,ada salah faham ada yang berlainan pendapat..tapi bagi aku akhirnya kita tetap bersatu..masing-masing menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.Dalam hidup ini,kita selalu mengimpikan kehidupan yang mewah,harta yang melimpah ruah tanpa kita sedari berapalah sangat nilai harta itu jika mahu dibandingkan dengan  nilai kasih-sayang..Seperti kasihnya seorang ibu dan ayah pada anaknya..



Tatap wajah ibu ayah pun Allah bagi pahala tau..walau hanya pada sekeping gambar..








Memang kasih sayang mereka tidak berbelah bahagi.Sanggup mengetepikan kemahuan mereka semata-mata untuk menggembirakan anak-anak mereka..Jasa mereka tidak dapat dibalas meskipun diberi gunung yang tinggi..dan seluas air di lautan..Balasan yang kita beri pada mereka tak mampu untuk kita bayar cash..sebab pengorbanan dan susah payah mereka diberi pengiktirafan dari Allah kerana bertuahnya ibu dan ayah kita kerana merka dipilh oleh Allah dan kita juga beruntung kerana kitalah antara yang juara.Dalam berjuta-juta sperma yang ada sewaktu persenyawaan berlaku,kita mampu sampai ke fallopian tube dan melayakkan kita untuk lahir ke dunia..Tambahan pula,dengan saratnya ibu mengandung,dibawa kehulur dan kehilir..besarnya pengorbanan ibu dan ayah kita...Subhanallah..


Mereka tak minta apa-apa pun..Ada ke mereka kata :
"Ali,besok kalau kau dah besar panjang,bapa harap sangat kau mampu belikan bapa rumah sebiji dan sebiji kereta...Kata si ayah..Ibu nya pula kata "Seman,mak teringin sangat nak pakai gelang-gelang yang besar tu..Mak tengok cantik je Mak Cik Leha kau pakai..Naik cemburu mak tau..Besok kau kalau dah besar,belikanlah mak ye"Dapat mak lawa-lawa sikit...

Mana ada ibu dan ayah kita mengharap sebegitu..Apa yang mereka harapkan:

Kata si ayah, "Zainal,besok kalau ayah dah tak ada ayah harap sangat kau mampu memandikan jenazah ayah,mengimamkan solat jenazah untuk ayah.Mengiringi ayah ke kuburan.Dan selepas ketiadaan ayah,sampaikanlah doa-doa yang baik untuk ayah"
Kata si ibu, "Fatimah,sesungguhnya sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita solehah..Peliharalah akhlakmu,nak..jadilah seperti Fatimah Az-Zahra puteri Rasulullah..Sebab itu mak namakan kamu Fatimah Az-Zahra..



Ibu dan ayah mana yang tak sayang anak..Sedangkan anak itu adalah amanah Allah..





As a reminder,hidup ini setiap yang bernafas..dia adalah amanah Allah..Amanah yang punya tanggungjawab untuk memikulnya.Hidup kita belum berakhir jika kita sudah menghembuskan nafas terakhir..Kita semestinya salah..Hidup ini hanya sementara..Orang soleh kata,hidup ini umpama penjara dan neraka untuk seorang mukmin dan hidup di dunia ini umpama syurga buat orang kafir..Sedangkan kita tahu dan seperti dalam Al-Quran juga disebutkan mengenai kehidupan selepas dunia..Mudahan Allah lorongkan hati-hati kita bersama di bawah petunjuk dan rahmatNya.Tiada cinta yang lebih di dambakan bagi seorang mukmin itu selain cinta yang khusus lagi hakiki yakni cinta pada Allah...Nak dapat cinta dari manusia,kita kena dan wajib dapat cinta Allah dulu..Moga bermanfaat :)

No comments: