Pages

Wednesday, 27 November 2013

Fighting for Freedom..

Perasaan yang aku sendiri sukar nak gambarkan dan tafsirkan.Memang indah zaman sekolah kan..aku banyak belajar erti hidup dari zaman persekolahan..Di sekolah,kita baru nak mengenal ragam manusia..Belum lagi kalau dah masuk universiti.Aku sememangnya agak matang dalam membuat keputusan.haha..perasan je kan??

Bila tamatnya paper Biology tadi,bunyi dewan hampir je nak pecah..Before tu,ada student perdagangan dah habis dulu.Kiteorang yang jawab biology paper 2 ni rasa geramnya..Dalam hati "siap kau ,pukul 3.30 tepat."
Bila dah jam menunjukkan tepat 3.30,aku dengan Jaja kat sebelah dah ketawa-ketawa.."Cepatlah ambik paper ni cikgu"..Saya dah tak nak tengok lagi!"Haha..Memang taklah..Pengawas peperiksaan tu tengok-tengok + tersenyum saja.habis keluar dewan,alah budak lelaki lah yang rasmi dulu.Laungan keramat "Merdeka".Adakah aku akan rindukan zaman persekolahan?Tambah-tambah  lagi,di Smk.Ayer Keroh...Terlalu banyak kenangan yang ada di situ..Sepanjang aku bersekolah bersama ketiga-ketiga sekolah iaitu Smk.Tinggi Perempuan + Smk.Bukit baru + Smk Ayer Keroh..sekolah yang terakhir ini lah yang sangat menjanjikan kenangan yang paling manis dalam hidup aku..Bersama kawan-kawan seperjuangan yang lain..sahabat aku Husna dan Amirah..Bila ingat-ingat balik boleh jadi angau kott..haha..Itulah lumrah hidup ataupun orang kata resmi hidup..Ada pasang surutnya.Jika kita pergi pada suatu tempat,kita juga akan pasti meninggalkan tempat tu sebab kita takkan selamanya kekal pada sesuatu kemungkinan yang berlaku..


Aku sangat berpegang pada kata-kata ini:




Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia
Sedekahkanlah satu senyuman walau hatimu tak lagi mampu bertahan
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka
Berhentilah memberi alasasn walau ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dugaan 
Dan
Berpeganglag pada Allah walau Dia tidak kelihatan..



Disaat jiwa kita gementar dan ketakutan,yakinlah akan ada yang sudi untuk menemaninya..
Disaat jiwa mula rasa resah gelisah,bukalah kitab Allah sebab itu semua kata-kata dari Allah.Tiada siapa yang dapat menyangkalnya.

As a reminder for me ,hidup ini hanya sementara je.Kita sendiri tak tahu bila Allah akn jemput kita kembali..lakukan amal yang boleh membawa kita ke syurga Allah..
(cakap tak guna kalau tanpa amal)Dari hati lah Allah tembus..


No comments: