Setiap orang punya impian dan matlamat mereka sendiri.Kita juga sangat berharap agar apa yang kita impikan itu menjadi kenyataan suatu saat nanti.Namun begitu,kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukan segalanya.Yang penting jangan sesekali kita meragui segala aturanNya.Terimalah dengan lapang dada.Terimalah ia dengan hati yang terbuka.Sesungguhnya bersangka baik dengan Allah bermula dengan bersangka baik dengan ketentuanNya.Apa yang Allah tetapkan untuk kita supaya kita menjadi hamba yang sentiasa redha dengan segalanya.
Begitu juga dengan diriku,aku juga punya impian yang besar.Mungkin impianku ini hanya biasa-biasa sahaja bagi pandangan orang lain,tapi bagi aku apa yang aku impikan itulah hak aku tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.Ini kerana aku juga insan biasa.Tapi,aku sudah di ajar oleh orang tuaku agar tanamkan sifat redha andai apa yang kita impikan dan hajatkan itu tidak tercapai kerana passti Allah selitkan banyak hikmahNya dalam menguji iman hambaNya....
Dunia ini diciptakan untuk manusia manakala manusia pula diciptakan untuk akhirat..Dunia yang hanya sementara dan takkan kekal.Lahirnya kita ke dunia sebagai satu pencarian bagi saham akhirat.Tak salah kita ada dan punya impian yang menggunung tinggi tapi perlu di ingatkan bahawasanya cita-cita dan impian itu perlu mengikut panduan dan garis panduan yang di tetapkan oleh syariat Islam..
Impian dan cita-cita utamaku untuk menjadi hamba yang diredhaiNya..Dan ini bukanlah impian dan matlamat aku seorang kerana inilah matlamat setiap muslim di pelosok dunia.sebagai seorang Islam,kita perlu dan mesti ada matlamat hidup yang jelas.Jangan biarkan hidup kita berlalu begiti sahaja.Sampaikan nanti kalau ada orang tanya apakah matlamat penciptaan kita ke dunia ini,kita hanya mampu menggelengkan kepala sahaja..Matlamat seorang muslim itu mesti jelas iaituhidupnya kita ke dunia ini adalah kita di ciptakan untuk memakmurkan alam ini,untuk mengabdikan diri kita hanya kepada Allah.Termaktubnya dalam diri kita dengan Rukun Islam yang lima itu dan Rukun Iman yang enam itu.
Namun begitu,Allah itu Maha Mamahami akan hamba ciptaanNya.Manusia itu punya fitrah.Sebab itu dalam Islam,kita perlukan wassotiah dan lebih tepat lagi keseimbangan ilmu dunia dan akhirat.Dalam kita mengejar dunia,kita juga tak lupakan akhirat yang kekal selamanya.Ingat tu ya..
Aku bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi..Nak tahu apa universiti pilihan aku??Taraaa.....
Kebanyakannya yang ambil jurusan FKI(Fakulti Kontemporari Islam) lah kat sini..Kalau jurusan aku bukanlah kat sini tapi dekat Kampus Kota,Kuala Terengganu..
Okay ini sahaja yang mampu aku kongsikan bersama.Harapan ku agar korang sentiasa mendoakan kejayaan aku di dunia mahupun di akhirat..:)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment